'Allyria masih lemah, kos hospital makin meningkat' - Kakak
Iklan
Allyria Tulurin@Fulurin menerima rawatan di Hospital Hana, Cheongju-si, Chungcheongbuk-do, Korea Selatan.
KOTA KINABALU - Keluarga kepada seorang wanita dari Sabah yang dilaporkan terlantar sakit akibat diserang strok masih kekurangan dana untuk membayar kos rawatan di Hospital Hana, Cheongju-si, Chungcheongbuk-do, Korea Selatan.
Walaupun kisah Allyria Tulurin@Fulurin, 22, disiarkan di Sinar Harian pada Ahad lalu, namun sehingga kini ahli keluarganya hanya berjaya mengumpul RM3,700 sahaja menerusi derma orang awam.
Iklan
Iklan
Menurut Theresia, 26, mereka sekeluarga ketika ini buntu kerana sebahagian besar kos rawatan adiknya masih belum dapat ditampung.
"Kami kini bertungkus-lumus mencari dana termasuk mendapatkan derma awam kerana kos rawatan Allyria semakin hari semakin meningkat.
Iklan
"Setakat ini, menurut kakak yang berada di sana yang menjaga Allyria, kos rawatan telah meningkat kepada 14,800,000 won atau RM52,000.
"Ada juga ahli keluarga yang menghulurkan bantuan tetapi kesemuanya telah dikirimkan ke Korea untuk perbelanjaan awal ketika adik saya dimasukkan ke hospital dan ketika ini kami masih berusaha mencari wang sehingga dia dibenarkan keluar dari wad," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Iklan
Ditanya mengenai keadaan kesihatan Allyria ketika ini, Theresia berkata, adiknya masih belum dapat berjalan serta bercakap dengan lancar kesan daripada serangan strok sejak lebih seminggu lalu.
"Walaupun dia sudah dapat duduk tetapi belum dapat berjalan dan bercakap dengan lancar.
"Kami merancang untuk membawanya balik ke Sabah untuk rawatan lanjut kerana kos rawatan di sana tidak mampu untuk kami tanggung.
"Bagaimanapun, buat masa ini keadaannya yang masih lemah tidak mengizinkannya untuk menaiki pesawat," katanya.
Sinar Harian pada Ahad lalu melaporkan seorang wanita yang mengalami pecah pembuluh darah di bahagian kepala terpaksa dibedah bagi menyelamatkan nyawanya sebaik dihantar ke hospital oleh kakaknya pada 3 November lalu.
Ahli keluarganya kini yang berada di Ranau bimbang kerana tidak mampu untuk membiayai kos rawatan wanita tersebut yang semakin meningkat.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RM17 juta untuk tanah, pampasan projek naik taraf jalan -Alexander"><meta itemprop="description" content="Sebanyak RM17 juta daripada keseluruhan kos RM70.6 juta bagi projek menaik taraf Jalan Lok Kawi-Sabindo diperuntukkan bagi pengambilan tanah dan bayaran pampasan kepada pemilik premis yang terjejas di sepanjang jajaran projek berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan itu melibatkan pampasan kepada 41 lot yang terkesan, termasuk struktur premis yang perlu diambil bagi membolehkan projek pelebaran jalan sepanjang 1.5 kilometer dilaksanakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789730/edisi/sabah-sarawak/rm17-juta-untuk-tanah-pampasan-projek-naik-taraf-jalan--alexander
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #projeknaiktaraf #AlexanderNantaLinggi #menterikerjaraya"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-28T07:53:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cxKTQ1gQ5_jmd6MBw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P107S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xastv8a"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xastv8a"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xastv8a"></script>