Pembinaan Masjid Tahfiz Al-Ayubi perlukan dana RM13.7 juta
Iklan
Bangunan masjid yang masih dalam pembinaan.
PASIR MAS - Pembinaan Masjid Tahfiz Al-Ayubi, Kota Siti Mariam, Pulau Buih, Kangkong memerlukan dana keseluruhan berjumlah RM13.7 juta untuk siap sepenuhnya.
Pengerusi Masjid Tahfiz Al-Ayubi, Zulta Ayub Daud berkata, ia merupakan masjid tahfiz pertama yang dibina di Pulau Buih.
Iklan
Iklan
"Pusat tahfiz berkenaan pula telah dibina pada 3 Mac 2023.
"Pembinaan kompleks masjid tahfiz seluas 41,793 kaki persegi itu yang mampu memuatkan 600 jemaah pada satu-satu masa itu sudah dirancang sejak 6 Jun lalu," katanya.
Iklan
Beliau memberitahu, pihak pengurusan masjid tahfiz menerima dana infaq sebanyak RM1.5 juta untuk pembinaan termasuk kuaters, parkir, tanda, padang dan dataran.
"Antara pembinaan lain ialah dewan makan, dewan terbuka, pendawaian elektrik, sistem pembesar suara dan tempat wuduk juga dibina," katanya.
Iklan
Orang ramai yang mahu membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam Masjid Tahfiz Al-Ayubi yang bernombor 03120010014936 atau menghubungi Zulta di talian 012 951 9426
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula"><meta itemprop="description" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula
Riuh suara nelayan Pantai Sabak yang bergotong-royong menarik perahu kolek ke darat menjadi petanda musim tengkujuh telah tiba, sekali gus menandakan bermulanya tempoh ‘rehat’ mereka daripada mencari rezeki di laut.
Tradisi yang dilakukan setiap tahun itu bertujuan membolehkan kerja membaiki kerosakan, mengecat dan menyelenggara perahu dilaksanakan sebelum mereka kembali turun ke laut.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/803598/edisi/kelantan/nelayan-pantai-sabak-tarik-perahu-kolek-ke-darat-tanda-musim-tengkujuh-bermula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #perahukolek #tengkujuh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-07T05:00:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P190S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbuhepy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbuhepy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbuhepy"></script>