Kehilangan besar buat penduduk Permatang Pak Elong
Iklan
Penduduk menunjukkan tempat Allahyarham menghembuskan nafas terakhir ketika mengimamkan solat Subuh pada Jumaat. Laporan Sinar Harian
KEPALA BATAS - Penduduk di kawasan Permatang Pak Elong bukan sahaja kehilangan seorang imam surau yang berdedikasi malah Allahyarham Yakob Ramli yang meninggal ketika solat Subuh pada Jumaat sering dijadikan rujukan untuk menganjurkan aktiviti keagamaan di sini.
Penduduk, M Bakri Osman, 61 berkata, Allahyarham yang juga guru al-Quran telah menjadi imam di surau berkenaan sejak 15 tahun lalu dan pernah menjadi johan qari dalam pertandingan disertainya.
Iklan
Iklan
Menurutnya, Allahyarham sangat aktif dengan pelbagai program bersama masyarakat di sini dan sering mengikuti aktiviti marhaban bersama penduduk.
"Boleh dikatakan semasa hayatnya, Allahyarham amat pentingkan soal agama dan bacaan al-Quran.
Iklan
"Bila memimpin solat di surau bacaan dan suaranya lunak memandangkan dia seorang qari tilawah al-Quran sebelum ini,"katanya ketika ditemui pemberita di sini, pada Sabtu.
M Bakri berkata, pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar buat penduduk di sini.
Iklan
Katanya, meskipun masih terkejut dengan pemergian Allahyarham namun penduduk di sini reda kerana dia pergi dalam keadaan baik.
"Ketika mengimamkan solat Subuh semalam, Allahyarham tiba-tiba tidak bergerak ketika melakukan sujud sajadah
"Saya terdengar bunyi nafas kencang dari mikrofon yang dipakai arwah dan semakin lama bunyinya semakin kuat.
"Kemudian saya pergi menghampiri arwah dan pegang dadanya yang degupan jantung makin kuat lalu membaringkannya serta meminta arwah mengucap," ujarnya.
Sementara itu, anak lelaki Allahyarham, Mohamad Shahril Yakob, 33 berkata, arwah bapanya memang mempunyai masalah jantung dan kencing manis yang memerlukan rawatan susulan di hospital.
Bagaimanapun katanya, keadaan ayahnya baik sahaja pada Jumaat, namun takdir ALLAH SWT untuk menjemputnya pulang dalam keadaan dia sedang sujud ketika solat.
"Kami sekeluarga reda dengan ketentuan ini dan bersyukur apabila ramai yang mendoakannya.
"Abah selalu pesan dengan saya untuk pastikan surau ini sentiasa ramai jemaah, jangan sesekali tinggal solat dan jadi bilal di surau ini,"katanya.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.