Sistem maklumat biodiversiti Malaysia diiktiraf terbaik pada COP16
Iklan
Nik Nazmi (tiga dari kanan) menerima anugerah berkenaan daripada Setiausaha Eksekutif CBD, Astrid Schomaker. Foto NRES
PUTRAJAYA - Malaysia diiktiraf mempunyai Mekanisme Pusat Maklumat Kebangsaan (CHM) berkaitan biodiversiti terbaik melalui Sistem Maklumat Biodiversiti Malaysia (MyBIS).
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) berkata, pengiktirafan itu diberikan apabila Malaysia mendapat Anugerah Emas pada mesyuarat ke-16 Persidangan Pihak-Pihak (COP16) Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD) di Cali, Colombia, Khamis lepas.
Iklan
Iklan
"Menerusi anugerah CHM, ia adalah pengiktirafan daripada CBD kepada negara-negara anggota yang menunjukkan pencapaian paling signifikan dalam membangunkan CHM di peringkat nasional,” menurut NRES dalam kenyataan pada Isnin.
NRES berkata, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad telah mewakili negara untuk menerima anugerah berkenaan daripada Setiausaha Eksekutif CBD, Astrid Schomaker.
Iklan
"Beliau (Nik Nazmi) menyeru supaya MyBIS dimanfaatkan sepenuhnya dalam mengukuhkan usaha memulihara biodiversiti negara,” menurut kenyataan itu.
MyBIS adalah CHM yang dibangunkan sebagai pangkalan data biodiversiti kebangsaan sejak tahun 2016.
Iklan
Sehingga kini MyBIS yang boleh diakses di laman sesawang www.mybis.gov.my mengandungi lebih daripada 1.2 juta rekod data merangkumi profil spesies, rekod spesimen, toksinologi, kawasan perlindungan, direktori pakar, bahan rujukan dan penerbitan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>