71 peratus wanita 40 tahun ke atas tak pernah buat mamogram
Iklan
Nancy
SHAH ALAM - Sebanyak 71 peratus wanita berumur 40 tahun ke atas tidak pernah melakukan saringan ujian mamogram berdasarkan dapatan tinjauan Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi 2023.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, 46 peratus golongan itu yang berumur 18 tahun ke atas juga tidak melakukan pemeriksaan sendiri payudara bagi tempoh 12 bulan terakhir.
Iklan
Iklan
Menurutnya, 65 peratus wanita berusia 20 tahun dan ke atas tidak melakukan ujian pap smear dalam tempoh tiga tahun terakhir.
"Menyedari tahap kesedaran wanita yang masih rendah berkaitan kesihatan payudara, KPWKM melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) terus mempergiat kempen kesedaran dan pengesanan awal kanser payudara,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Iklan
Tambah beliau, Statistik Laporan Daftar Kanser Kebangsaan Malaysia bagi 2017 hingga 2021 turut merekodkan 50.5 peratus wanita yang menghidap kanser payudara dikesan pada tahap tiga dan empat meningkat berbanding pada 2012 hingga 2016 iaitu 48 peratus.
Nancy meminta golongan wanita untuk lebih peka dan sedar akan kepentingan penjagaan kesihatan terutama berkaitan payudara dengan melakukan pemeriksaan berkala.
Iklan
"Ia bertujuan untuk mengesan awal kanser melalui saringan ujian mamogram.
"Ia membolehkan penyakit itu dirawat awal dengan lebih berkesan sekali gus meningkatkan kadar kelangsungan hidup mereka,” ujarnya.
Tambah Nancy, kerajaan telah menyediakan subsidi ujian mamogram secara percuma kepada wanita yang layak dan pendaftaran bagi mendapatkan inisiatif yang boleh diakses melalui 50 Klinik Nur Sejahtera LPPKN di seluruh negara.
Katanya lagi, LPPKN akan turut melaksanakan Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCaRe) bagi mempromosikan saringan awal kanser melalui Program Subsidi Ujian Mamogram serta Program Saringan Kanser Serviks (HPV DNA).
Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan rawatan jantung apabila berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM134,477.79 hasil keprihatinan masyarakat seluruh negara, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid dan juruvideo, Zamir Yusof.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, sumbangan berkenaan memberi peluang kepada pesakit mendapatkan akses kepada rawatan yang diperlukan, selain meringankan kebimbangan kewangan keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797454/berita/nasional/kempen-sinar-untuk-jantung-si-kecil-beri-sinar-harapan-kumpul-rm134477-79
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.