Perobohan Kampung Sembulan Tengah ditangguh sementara waktu
Iklan
Shahelmey bersama penduduk kampung ketika meninjau Kampung Sembulan Tengah, Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU - Perobohan rumah di Kampung Sembulan Tengah, di sini yang dijadualkan akan dilakukan pada 1 November ini ditangguhkan buat sementara waktu.
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya memberi jaminan bahawa perobohan tidak dilakukan sehingga penduduk yang terlibat mendapat penempatan mereka terlebih dahulu sebelum pembangunan semula Kampung Sembulan dilaksanakan.
Iklan
Iklan
Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan berkata, beliau melihat sendiri keadaan di kampung tersebut menerusi tinjauan yang dilakukan bersama penduduk kampung.
"Isu ini menjadi sedikit hangat apabila pada bulan lepas pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengeluarkan notis perobohan dan perpindahan kepada unit-unit yang terlibat yang mana semua tempoh pajakan pemilik lot telahpun tamat.
Iklan
"Kesan daripada notis tersebut, ada dua kali sesi perbincangan secara rasmi telah diadakan dan hasil daripada perbincangan dan juga komunikasi berterusan saya bersama Datuk Bandar Kota Kinabalu. Kita bersetuju bahawa notis perobohan yang pada mulanya dijadualkan 14 Oktober dan kemudian 1 November itu kita tangguhkan," katanya ketika ditemui pemberita pada Ahad di sini, pada Ahad.
Bagaimanapun, Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, bahawa pihak DBKK ada memaklumkan kepadanya berhubung beberapa struktur rumah yang uzur dibimbangi mengundang risiko dari segi keselamatan, kesihatan dan kemalangan.
Iklan
"Jadi mereka bersetuju untuk dirobohkan sekiranya perlu dan tindakan ini akan dilakukan oleh pihak DBKK. Namun, kita telah berbincang bahawa perobohan ini bukan dilakukan secara serta-merta atau secara mengejut tanpa makluman," katanya.
Mengulas lanjut mengenai isu pembangunan semula kampung tersebut, beliau berkata, keputusan atau pelantikan pemaju belum dimuktamadkan oleh pihak DBKK.
Sinar Harian pada 8 Oktober lalu melaporkan lebih 1,000 penduduk di Kampung Sembulan meminta supaya kerajaan menangguhkan sementara waktu rancangan merobohkan struktur rumah di kawasan kampung tersebut.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RM17 juta untuk tanah, pampasan projek naik taraf jalan -Alexander"><meta itemprop="description" content="Sebanyak RM17 juta daripada keseluruhan kos RM70.6 juta bagi projek menaik taraf Jalan Lok Kawi-Sabindo diperuntukkan bagi pengambilan tanah dan bayaran pampasan kepada pemilik premis yang terjejas di sepanjang jajaran projek berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan itu melibatkan pampasan kepada 41 lot yang terkesan, termasuk struktur premis yang perlu diambil bagi membolehkan projek pelebaran jalan sepanjang 1.5 kilometer dilaksanakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789730/edisi/sabah-sarawak/rm17-juta-untuk-tanah-pampasan-projek-naik-taraf-jalan--alexander
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #projeknaiktaraf #AlexanderNantaLinggi #menterikerjaraya"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-28T07:53:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cxKTQ1gQ5_jmd6MBw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P107S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xastv8a"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xastv8a"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xastv8a"></script>