Berang tak dapat baki, lelaki nekad bakar kereta di stesen minyak
Iklan
KUCHING - Polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun kerana disyaki sengaja membakar sebuah kereta dan dua motosikal di sebuah stesen minyak di Betong, kira-kira 254 kilometer dari sini, hanya kerana berang selepas mendakwa tidak menerima baki wangnya selepas mengisi minyak di stesen berkenaan.
Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Zamry Alli yang mengesahkan kes itu berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi tadi apabila pekerja stesen minyak berkenaan enggan membayar balik baki wang kepada suspek yang sebelum itu mendakwa menyerahkan wang tunai RM100 untuk membeli minyak dan minuman ringan.