Kerjasama erat pengurusan, warga kerja buah kejayaan KPKT
Iklan
KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, gabungan mantap dan kerjasama erat pasukannya bersama pengurusan serta kakitangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membuahkan hasil cemerlang dalam bidang yang diterajui oleh kementerian itu.
Zuraida berkata, kejayaan yang dilakar dalam sektor perumahan, kerajaan tempatan, pengurusan sampah, kebombaan dan pembangunan komuniti itu tidak akan terjadi tanpa sokongan dan kerja keras daripada warga KPKT.