Sedulang durian berkualiti pada harga murah di Mydin
Iklan
Petugas bersedia untuk menghidangkan buka durian kepada team.
ORANG ramai berpeluang menikmati sedulang durian dengan harga serendah RM100 bagi empat kilogram isi durian pada program 'Jom Durian' sempena Festival OhMydin! yang dilancarkan pada 24 Ogos lalu.
Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, program yang dianjurkan dengan kerjasama Agro Best Services, Persatuan Impian Kanak-Kanak Malaysia dan MAE by Maybank2u itu secara keseluruhannya bertujuan memberikan peluang kepada orang ramai untuk menikmati durian yang berkualiti.
Petugas bomba turut menikmati buah durian.
Iklan
Iklan
"Kami mahu penjimatan ditawarkan kepada orang ramai dan semua golongan dapat menikmati durian berkualiti antaranya Musang King, D24, XO, Udang Merah dan D101 pada harga mampu milik.
"Kita sedia maklum kebiasaannya peniaga membuat bufet bagi individu dengan harga lebih RM50 bagi setiap orang, tetapi Mydin tawarkan sedulang durian pada harga mulai RM100 hingga RM160 dan boleh dinikmati seisi keluarga," katanya.
Sebahagian hadirin menikmati buah durian.
Iklan
Sebanyak dua lokasi terlibat bagi program Jom Durian iaitu Mydin Bukit Mertajam (Pulau Pinang) pada 7 September dan Mydin Pelangi Indah (Johor) pada 5 Oktober 2024.
Sementara itu, Ameer berkata, secara keseluruhannya kempen tersebut bertujuan menawarkan penjimatan, peraduan dan aktiviti menarik sempena Sambutan Ulang Tahun Mydin yang ke-67.
Iklan
Katanya, sejumlah hasil kutipan dana berjumlah RM8,000 turut disumbangkan kepada Persatuan Impian Kanak-Kanak Malaysia.
"Sepanjang kempen ini berlangsung sehingga 11 November 2024 nanti, Mydin menawarkan pelbagai penjimatan, peraduan dan promosi bernilai RM6.7 juta secara keseluruhannya.
"Orang ramai boleh melayari laman media sosial rasmi Mydin Malaysia bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen Festival OhMydin! yang sedang berlangsung," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>