Rangkaian pusat kanser diperluas - Fadillah
Iklan
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Karnival Pink Oktober 2024 di Institut Kanser Negara (IKN) hari ini. Foto Bernama
PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kerajaan sedang berusaha untuk memperluaskan rangkaian pusat kanser di Malaysia.
Beliau berkata, selari dengan usaha itu, dua pusat baharu yang akan ditubuhkan ialah Pusat Kanser Wilayah Utara di Kedah dan Pusat Kanser Sarawak di Kota Samarahan, Sarawak.
Iklan
Iklan
"Ini adalah satu langkah ke hadapan dalam memastikan rawatan kanser berkualiti dan dapat diakses oleh rakyat di seluruh negara tanpa mengira lokasi geografi," katanya ketika berucap di majlis perasmian Karnival Pink Oktober Institut Kanser Negara (IKN) 2024, di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Iklan
Fadillah berkata, kerajaan sentiasa komited dalam memperkukuh sistem kesihatan negara, khususnya dalam meningkatkan akses kepada rawatan kanser yang berkualiti.
Justeru, katanya, sumber akan terus diperuntukkan bagi meningkatkan penyelidikan, kemudahan rawatan serta program pencegahan kanser memandangkan beban yang ditanggung oleh pesakit dan keluarga.
Iklan
Beliau berkata, berdasarkan Laporan Registri Kanser Kebangsaan Malaysia yang terkini, kanser payudara terus menjadi ancaman utama bagi golongan wanita di negara ini dengan statistik menunjukkan kekerapan tertinggi iaitu 38.9 bagi setiap 100,000 wanita pada 2017-2021.
Katanya, secara amnya, Malaysia menyaksikan peningkatan ketara dalam kes kanser yang dilaporkan antara 2017 hingga 2021.
Oleh itu, Fadillah berkata amat penting untuk memperkukuh usaha bagi meningkatkan kesedaran, pencegahan, diagnosis awal, dan yang paling utama, memastikan rawatan berkualiti diberikan kepada mereka yang memerlukan.
Karnival Pink Oktober tahun ini bertemakan"Living Well, Living Together", mengangkat nilai kesedaran, kekuatan dan kebersamaan yang menekankan pentingnya pencegahan, pengesanan awal, dan rawatan yang tepat serta berkesan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="MM2H: Warga China paling ramai beli rumah di Malaysia"><meta itemprop="description" content="MM2H: Warga China paling ramai beli rumah di Malaysia
Seramai 744 peserta Malaysia My Second Home (MM2H) direkodkan membeli hartanah di negara ini sejak 2023 sehingga 31 Disember 2025 dengan warga China menjadi pembeli tertinggi iaitu sebanyak 304 rumah diikuti Taiwan, 91 unit.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, selain itu warganegara Singapura sebanyak 63, Amerika Syarikat (41), United Kingdom (40), Hong Kong (34), Australia (29), Bangladesh (19), Korea Selatan (15) manakala Indonesia dan Jepun masing-masing 14.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766723/berita/nasional/mm2h-warga-china-paling-ramai-beli-rumah-di-malaysia
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #MM2H"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-04T04:49:10.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/ZzVus1fWi_7CEvzHm/x120"><meta itemprop="duration" content="P176S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x9z7bqu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x9z7bqu"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu"><meta itemprop="description" content="Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak secara prinsipnya bersetuju dengan nilai RM1.8 bilion bagi tujuan pengambilalihan Pelabuhan Bintulu, demikian Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke siew Fook berkata, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak kini pada peringkat akhir dalam proses penyerahan pelabuhan itu kepada negeri berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766714/berita/nasional/kerajaan-persekutuan-sarawak-setuju-nilai-rm18-bilion-ambil-alih-pelabuhan-bintulu
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #pelabuhanBintulu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-04T04:33:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/ZzVUm1fWimFGMBNnb/x120"><meta itemprop="duration" content="P84S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x9z7agg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x9z7agg"></script>