OPS He-art uji minda pengunjung
Iklan
Arca yang dikatakan hilang untuk bilik penyiasatan OPS He-art.
SHAH ALAM - Bilik penyiasatan OPS He-art ala escape room menanti peminat aktiviti menguji minda di Jualan Gudang Karangkraf 2024.
Eksekutif Pemasaran Digital Grup Buku Karangkraf, Nurul Farehah Mohd Lokman berkata, bilik tersebut merupakan salah satu aktiviti menarik yang wajib dilawati oleh para pengunjung di jualan gudang itu.
Iklan
Iklan
"Orang ramai yang berminat untuk mencuba aktiviti ini tidak akan dikenakan sebarang bayaran.
"Kita juga tidak menetapkan masa untuk peserta kerana mahu mereka menikmati permainan dengan santai tanpa sebarang tekanan,” katanya ketika ditemui di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Isnin.
Iklan
Menurutnya, aktiviti berkenaan memerlukan peserta untuk berfikir menyelesaikan masalah berkaitan kehilangan barang di dalam bilik tersebut.
Jelas beliau, peserta dikehendaki mencari arca yang hilang di samping petunjuk yang diberikan di dalam bilik berkenaan.
Iklan
"Semestinya juga kita menguji mereka dengan menghadirkan beberapa suspek yang berkemungkinan terlibat dalam kes kecurian arca itu.
"Saya juga ingin berkongsi aktiviti ini juga mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan sejak Jualan Gudang Karangkraf berlangsung pada Jumaat lalu daripada pengunjung dan pemenangnya akan membawa pulang cenderamata yang menarik keluaran Karangkraf,” jelasnya.
Farehah juga memaklumkan, objektif aktiviti adalah untuk mendedahkan pengunjung tentang novel bergenre misteri dan seram yang diterbitkan.
"Jadi, penyelesaian masalah dalam bilik OPS He-art ini bersandarkan buku-buku genre tersebut.
"Kita tahu aktiviti seumpama ini jika di luar sana mengenakan bayaran agak tinggi tetapi tidak di sini kerana mahu beri pengalaman menyertainya sebagai peserta,” katanya lagi.
Bilik penyiasatan OPS He-art akan berada di Jualan Gudang Karangkraf 2024 di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada 27 September hingga 6 Oktober bermula dari jam 9 pagi hingga 7 malam.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="MM2H: Warga China paling ramai beli rumah di Malaysia"><meta itemprop="description" content="MM2H: Warga China paling ramai beli rumah di Malaysia
Seramai 744 peserta Malaysia My Second Home (MM2H) direkodkan membeli hartanah di negara ini sejak 2023 sehingga 31 Disember 2025 dengan warga China menjadi pembeli tertinggi iaitu sebanyak 304 rumah diikuti Taiwan, 91 unit.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, selain itu warganegara Singapura sebanyak 63, Amerika Syarikat (41), United Kingdom (40), Hong Kong (34), Australia (29), Bangladesh (19), Korea Selatan (15) manakala Indonesia dan Jepun masing-masing 14.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766723/berita/nasional/mm2h-warga-china-paling-ramai-beli-rumah-di-malaysia
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #MM2H"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-04T04:49:10.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/ZzVus1fWi_7CEvzHm/x120"><meta itemprop="duration" content="P176S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x9z7bqu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x9z7bqu"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu"><meta itemprop="description" content="Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak secara prinsipnya bersetuju dengan nilai RM1.8 bilion bagi tujuan pengambilalihan Pelabuhan Bintulu, demikian Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke siew Fook berkata, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak kini pada peringkat akhir dalam proses penyerahan pelabuhan itu kepada negeri berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766714/berita/nasional/kerajaan-persekutuan-sarawak-setuju-nilai-rm18-bilion-ambil-alih-pelabuhan-bintulu
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #pelabuhanBintulu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-04T04:33:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/ZzVUm1fWimFGMBNnb/x120"><meta itemprop="duration" content="P84S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x9z7agg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x9z7agg"></script>