KLUANG - Seorang ibu muda yang masih berpantang masuk hari ke-30 sanggup membawa bayi perempuannya untuk menunaikan tanggungjawab membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perdana, Taman Suria, di sini pada Sabtu.
Syed Hussien (kanan) bertanya sesuatu kepada Nur Syafiqah yang tiba di pusat mengundi dengan mendukung bayinya yang berusia 30 hari.
Nur Syafiqah Azani, 19, yang baharu melahirkan anak sulungnya, Nur Syafaa Atiya Mohd Riyadh Irfan, tiba di pusat mengundi pada jam 8.45 pagi.