KOTA KINABALU- Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah meminta semua pihak tidak membesarkan isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum di negeri ini.
Ini kerana katanya, sejak akhir-akhir ini, ada pihak menimbulkan komen-komen amat sensitif yang boleh menyakitkan hati, menimbulkan provokasi dan permusuhan kaum.