'Ke mana perginya peruntukan atasi banjir di Mahkota' - Armada Johor
Iklan
Mohamad Syafiq (dua dari kanan) ketika sidang akhbar di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Dorset, Kampung Bentong Luar pada Isnin.
KLUANG – Kerajaan negeri digesa menjelaskan peruntukan projek tebatan banjir di Sungai Melantai yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada Bersatu) Johor, Mohamad Syafiq Mohd Khairul Sam mendakwa, peruntukan itu sudah disalurkan tetapi kerja-kerja atau projek tersebut masih tidak kelihatan dijalankan.
Iklan
Iklan
"Ini kerana sehingga ke hari ini masalah sama masih tidak diselesaikan dan terus menghantui kehidupan rakyat.
"Jika telah disalurkan, kerajaan negeri wajib memberikan penjelasan apakah tahap-tahap kerja yang telah dilakukan untuk atasi masalah banjir ini,” katanya semasa sidang akhbar di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Dorset, Kampung Bentong Luar di sini pada Isnin.
Iklan
Mohamad Syafiq berkata, banjir di beberapa kawasan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota sudah berlarutan selama bertahun-tahun.
Bahkan katanya, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Allahyarhamah Datuk Sharifah Azizah Syed Zain juga pernah mengutarakan permasalahan itu.
Iklan
Katanya, Allahyarhamah menggesa Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Majlis Perbandaran Kluang (MPK) segera melaksanakan beberapa langkah.
Jelasnya, ini termasuk kerja-kerja mendalamkan tali air bagi menangani masalah banjir yang sering melanda seluruh DUN Mahkota.
"DUN Mahkota bertahun-tahun diwakili oleh seorang ADUN kerajaan tetapi masalah tetap tidak selesai,” dakwanya lagi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>