Hasil rampasan jadi bukti tentukan akidah pengikut GISBH - Jakim
Iklan
Polis Kelantan telah merampas pelbagai buku dan dokumen berkaitan GISBH, yang ditemui ditanam di tepi sungai dan sebahagiannya dibakar, semasa serbuan. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Hasil rampasan Op Global fasa keempat oleh polis dan beberapa agensi lain termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh dijadikan bukti sokongan untuk menentukan status pegangan akidah pengikut kumpulan GlSB Holdings Sdn Bhd (GISBH).
Ketua Pengarah Jakim, Datin Hakimah Mohd Yusoff berkata, bahan-bahan bukti berkenaan akan dijadikan asas dalam Kertas Laporan untuk dibincang dan diputuskan dalam Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (Muzakarah MKI) pada 24 hingga 26 September ini.
Iklan
Iklan
"Keputusan Muzakarah MKI mengenai status doktrin Kumpulan GISBH itu akan menjadi panduan kepada pihak berkuasa agama negeri dalam mengeluarkan fatwa bagi membolehkan proses pendakwaan terhadap ajaran kumpulan itu dibawa ke Mahkamah Syariah," katanya dalam kenyataan menerusi hantaran di Facebook Jakim, semalam.
Hakimah berkata, Jakim amat menghargai kerjasama semua agensi yang terlibat khususnya pihak polis dalam membantu pihaknya melengkapkan bahan bukti untuk siasatan kes berkaitan GISBH.
Iklan
"Penghargaan juga kepada pihak Jabatan Agama Islam Negeri yang memberi kerjasama erat kepada Jakim selama ini bagi memastikan proses penentuan status pegangan akidah dan syariah pengikut GISBH dapat diputuskan secara tuntas.
"Jakim di bawah arahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar sentiasa berusaha bagi memastikan pegangan akidah dan syariah umat Islam di negara ini sentiasa selari dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.
Iklan
Beliau berkata, sebarang usaha yang boleh mencemarkan kesucian ajaran Islam akan dibendung dengan kerjasama semua pihak.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, semalam memaklumkan beberapa risalah mengandungi elemen dipercayai bercanggah dengan ajaran agama Islam serta barang khurafat dirampas dalam serbuan di premis berkaitan GISBH di seluruh Semenanjung Malaysia.
Antara hasil rampasan di Kelantan, Melaka dan Pulau Pinang itu termasuk enam buku atau kitab disyaki berkaitan dengan ajaran Al Arqam iaitu gerakan yang difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1994. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="MM2H: Warga China paling ramai beli rumah di Malaysia"><meta itemprop="description" content="MM2H: Warga China paling ramai beli rumah di Malaysia
Seramai 744 peserta Malaysia My Second Home (MM2H) direkodkan membeli hartanah di negara ini sejak 2023 sehingga 31 Disember 2025 dengan warga China menjadi pembeli tertinggi iaitu sebanyak 304 rumah diikuti Taiwan, 91 unit.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, selain itu warganegara Singapura sebanyak 63, Amerika Syarikat (41), United Kingdom (40), Hong Kong (34), Australia (29), Bangladesh (19), Korea Selatan (15) manakala Indonesia dan Jepun masing-masing 14.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766723/berita/nasional/mm2h-warga-china-paling-ramai-beli-rumah-di-malaysia
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #MM2H"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-04T04:49:10.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/ZzVus1fWi_7CEvzHm/x120"><meta itemprop="duration" content="P176S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x9z7bqu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x9z7bqu"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu"><meta itemprop="description" content="Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak secara prinsipnya bersetuju dengan nilai RM1.8 bilion bagi tujuan pengambilalihan Pelabuhan Bintulu, demikian Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke siew Fook berkata, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak kini pada peringkat akhir dalam proses penyerahan pelabuhan itu kepada negeri berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766714/berita/nasional/kerajaan-persekutuan-sarawak-setuju-nilai-rm18-bilion-ambil-alih-pelabuhan-bintulu
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #pelabuhanBintulu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-04T04:33:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/ZzVUm1fWimFGMBNnb/x120"><meta itemprop="duration" content="P84S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x9z7agg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x9z7agg"></script>