Pasang bendera Malaysia elak kenderaan Malbatt diserang - Khaled Nordin
Iklan
Mohamed Khaled Foto Bernama
KLUANG - Insiden serangan terhadap kenderaan Batalion Pengaman Malaysia (Malbatt) 850-11di Lubnan pada Rabu, mungkin boleh dielakkan dengan meletakkan bendera Malaysia pada kenderaan berkenaan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kejadian dipercayai berlaku ketika pasukan pengaman itu melalui sebuah kawasan bagi menghadiri satu mesyuarat.
Iklan
Iklan
Katanya, ketika melalui kawasan tersebut, kereta peronda Malbatt telah dibaling dan menyebabkan beberapa kerosakan.
"Daripada laporan yang saya terima, memang ada insiden kereta peronda Malbatt dibaling dan kawasan yang dilalui itu bukan kawasan ditugaskan tapi kerana ada mesyuarat dalam kawasan itu.
Iklan
"Kita memang kadang-kadang diminta hadir dalam kawasan lain, kita kena hati-hati dan letak bendera Malaysia apabila keluar,” katanya kepada pemberita.
Mohamed Khaled berkata demikian ketika menghadiri Mini Karnival Tentera Darat 2024 di sini, pada Khamis.
Iklan
Dalam insiden Rabu lalu, semua anggota trup Malbatt 850-11 dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan selepas kenderaan yang dinaiki tiga orang pegawai dan tujuh anggota lain-lain pangkat, diserang orang awam.
Difahamkan, kesemua mereka dalam perjalanan pulang ke Kem Marakah Malbatt 850-11 setelah selesai melaksanakan penugasan force protection di Kem Shama, Markas UNIFIL
Sementara itu Mohamed Khaled berkata, pihaknya akan menunggu laporan rasmi daripada pasukan pengaman negara di sana sebelum siasatan dibuat berhubung perkara berkenaan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>