Tangisan syukur anak nelayan
Iklan
Wan Nur’alyaa Syaza menangis terharu terima bantuan untuk menyambung pengajian ke USM
PASIR PUTEH - Anak seorang nelayan, Wan Nur’alyaa Syaza Awang, 20, menangis terharu apabila hasratnya untuk menyambung pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) tercapai selepas menerima bantuan daripada pelbagai pihak.
Wan Nur’alyaa Syaza terpaksa menolak tawaran yang diterima pada 6 September lalu berikutan kedua ibu bapanya tidak mampu menampung yuran pengajian kerana masalah kewangan yang dihadapi.
Iklan
Iklan
"Saya tahu pendidikan penting untuk mengubah nasib keluarga ke arah lebih baik," katanya kepada pemberita selepas menerima lawatan Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil di kediamannya di Kampung Air Tawar, Cherang Ruku pada Selasa.
Anak bongsu daripada empat beradik itu memperoleh tawaran melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Sastera selepas memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.92 dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
Iklan
Muhammad Faiz (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Wan Nur’alyaa Syaza.
Wan Nur’alyaa Syaza mengakui masalahnya untuk melanjutkan pengajian ke USM selesai selepas menerima sumbangan RM1,500 daripada LKIM dan RM500 pemberian Yayasan Nelayan Malaysia (Yanem) untuk melunaskan yuran pendaftaran ke universiti itu sebanyak RM1,900.
Jelasnya lagi, dia pernah menolak tawaran melanjutkan pengajian di peringkat diploma di Universiti Teknologi Mara (UiTM) selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana menjalani pembedahan akibat masalah kesihatan.
Iklan
Sementara itu, Muhammad Faiz berkata, Yanem membelanjakan sejumlah RM61,600 untuk membantu membiayai yuran kemasukan pelajar tidak berkemampuan ke institusi pengajian awam dari Januari hingga Julai tahun ini.
Tambah beliau, jumlah itu melibatkan 129 penerima yang menyambung pengajian dalam diploma, sijil dan ijazah pertama dari seluruh negara.
Muhammad Faiz memberitahu, bantuan yuran untuk ijazah pertama paling tinggi iaitu RM42,500 manakala diploma dan sijil masing-masing sebanyak RM18,500 dan RM600.
"Setakat ini jumlah bantuan yang diberikan ialah di Sarawak iaitu RM7,500 untuk ijazah pertama dan RM6,000 membabitkan pelajar diploma," katanya.
Riuh suara nelayan Pantai Sabak yang bergotong-royong menarik perahu kolek ke darat menjadi petanda musim tengkujuh telah tiba, sekali gus menandakan bermulanya tempoh ‘rehat’ mereka daripada mencari rezeki di laut.
Tradisi yang dilakukan setiap tahun itu bertujuan membolehkan kerja membaiki kerosakan, mengecat dan menyelenggara perahu dilaksanakan sebelum mereka kembali turun ke laut.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/803598/edisi/kelantan/nelayan-pantai-sabak-tarik-perahu-kolek-ke-darat-tanda-musim-tengkujuh-bermula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.