PUTRAJAYA - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Sarawak membuat laporan polis menafikan dakwaan konon yayasan itu terlibat dalam satu program pendidikan anak-anak bumiputera di negeri tersebut bagi tujuan mengislamkan mereka seperti ditularkan menerusi media sosial, baru-baru ini.
Menurut kenyataan media dikeluarkan oleh Bahagian Media dan Teknologi Dakwah Yadim, yayasan itu membuat laporan polis pada 29 Januari lalu di Balai Polis Gita, Kuching berhubung satu kenyataan mendakwa penglibatan Yadim dalam program sumbangan kewangan pendidikan kepada anak-anak bumiputera di kawasan Kapit, Kanowit dan Belaga.