Lokman dibebas dengan jaminan polis
Iklan
KUALA LUMPUR - Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam yang ditahan di bawah Akta Hasutan semalam dibebaskan kira-kira pukul 10.30 pagi tadi dengan jaminan polis.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos yang mengesahkan perkara itu berkata Lokman ditahan untuk membantu siasatan berhubung satu video 'Live' - Kerajaan PH Cuba Melindungi Pembunuh Muhammad Adib.
Iklan
Iklan
"Saya difahamkan beliau telah memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis sepanjang tempoh beliau ditahan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
Lokman dikatakan dipanggil ke Bukit Aman untuk memberi keterangan pada pukul 2 petang semalam sebelum ditahan pihak polis di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
Iklan
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharuddin Abdullah berkata Lokman ditahan oleh pihak Bukit Aman.
"Penahanan oleh pihak Bukit Aman sekitar pukul 10 malam tadi dan ditahan di lokap IPD Dang Wangi,” katanya kepada Bernama. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil beri sinar harapan, kumpul RM134,477.79"><meta itemprop="description" content="Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil beri sinar harapan, kumpul RM134,477.79
Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan rawatan jantung apabila berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM134,477.79 hasil keprihatinan masyarakat seluruh negara, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid dan juruvideo, Zamir Yusof.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, sumbangan berkenaan memberi peluang kepada pesakit mendapatkan akses kepada rawatan yang diperlukan, selain meringankan kebimbangan kewangan keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797454/berita/nasional/kempen-sinar-untuk-jantung-si-kecil-beri-sinar-harapan-kumpul-rm134477-79
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-22T12:28:15.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P180S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbbg4c2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbbg4c2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbbg4c2"></script>