SPR tubuh pasukan penguat kuasa pantau kempen PRK Mahkota
Iklan
Azmi. Foto Bernama
KLUANG - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan satu Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) untuk memantau aktiviti calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota semasa berkempen.
Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom menerusi kenyataan pada Sabtu berkata, pihaknya berharap kempen yang bermula hari ini hingga 11.59 malam 27 September ini berjalan dalam suasana penuh harmoni, mengikut undang-undang serta peraturan ditetapkan.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, calon yang telah membayar deposit bahan kempen pilihan raya juga tertakluk kepada undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5), bagi tujuan mempamer dan mengedarkan bahan kempen.
Hal ini termasuk bahan yang mengandungi gambar calon, lambang, simbol parti dan gambar pemimpin parti gabungan atau komponen secara bersama atau berasingan yang diwakilinya.
Iklan
"Semua kaedah dan bahan kempen adalah dibenarkan selagi mana ia tidak mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati, permusuhan atau berunsur perkauman dan menyentuh sensitiviti keagamaan termasuk isu 3R (bangsa, agama dan institusi raja) serta tidak melanggar peruntukan Akta 5 dan undang-undang yang berkaitan.
"Tiada had ditetapkan kepada gambar bagi parti politik yang bertanding dan gambar pemimpin politik komponen atau gabungan atau pakatan pada bahan kempen pilihan raya," katanya.
Iklan
Menerusi kenyataan sama, SPR juga mengucapkan tahniah kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Azurawati Wahid dan pasukannya serta semua pihak terlibat termasuk pasukan keselamatan, PBT, Jabatan Insolvensi dan media atas kelancaran proses penamaan calon di Dewan Tunku Ibrahim Ismail pagi tadi.
PRK DUN Mahkota menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah, 40, dan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar, 61 tahun.
SPR menetapkan 28 September ini sebagai hari pengundian manakala hari undi awal ialah pada 24 September.
PRK itu diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di sini. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Khemah besar' mampu saingi penyatuan ummah UMNO-Pas - Mat Sabu"><meta itemprop="description" content="Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu yakin kerjasama politik menerusi pendekatan khemah besar atau ‘big tent’ mampu menyaingi agenda penyatuan ummah yang digerakkan UMNO dan Pas, lapor wartawan Sinar Harian, Roskhoirah Yahya. 
Bagaimanapun, beliau berkata, cadangan berkenaan masih di peringkat awal dan belum melalui sebarang rundingan rasmi. 
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805725/berita/politik/khemah-besar-mampu-saingi-penyatuan-ummah-umno-pas---mat-sabu 
Tajuk lagu: Elevate 
Artis/ komposer: Benjamin Tissot 
Sumber: www.bensound.com 
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. 
#SinarHarian #BeritaSemasa #Amanah #MatSabu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-22T14:28:18.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/h8lHY1h0lm2Grxv_r/x1080"><meta itemprop="duration" content="P173S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbyvn1e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbyvn1e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbyvn1e"></script>