Melaka naikkan tarif air
Iklan
Melaka naikkan tarif air
MELAKA TENGAH - Kerajaan negeri memberi jaminan kadar kenaikan tarif air yang dijangka berlaku tahun ini tidak akan membebankan rakyat terutama golongan keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40).
Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, pihaknya akan mencari mekanisme dan kaedah terbaik bagi membantu golongan itu termasuk akan memperkenalkan insentif kepada kumpulan sasaran B40, selain menawarkan formula insentif kepada isi rumah yang melakukan penjimatan penggunaan sumber air.
Iklan
Iklan
"Dua kaedah yang dibincangkan bersama Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) tentang tarif air yang dijangka tetap akan berlaku dan antara faktor kenaikan disebabkan kos penyelenggaran yang semakin meningkat
"Ini antara formula yang mungkin boleh digunakan di negeri Melaka bagi menangani kadar kenaikan tarif air kerana tarif air ini bergantung kepada negeri masing-masing," katanya.
Iklan
Adly berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri di Dataran Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, hari ini.
Hadir sama, Speaker Dun, Datuk Omar Jaafar dan Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Seri Roslan Ibrahim.
Iklan
Sebelum ini, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli bercadang menaikkan tarif air secara berperingkat tahun ini.
Setakat ini, Pulau Pinang mengesahkan tarif air negeri itu naik sehingga 20 peratus, Negeri Sembilan dan Perak masih mengkaji kesan kepada pengguna manakala Johor tidak akan menaikkan kadar tarif utiliti itu atas alasan sudah melakukannya pada 2015.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="‘Kami tidak pilih atau turunkan Yang di-Pertuan Besar’ - MB Negeri Sembilan"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim menegaskan bahawa beliau dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) tidak membuat keputusan untuk menurunkan atau melantik Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Sebaliknya, beliau berkata, mereka membuat keputusan berhubung pendirian pentadbiran negeri terhadap proklamasi yang dikemukakan sebagai keputusan Undang Yang Empat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797685/edisi/melaka-ns/kami-tidak-pilih-atau-turunkan-yang-di-pertuan-besar---mb-negeri-sembilan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KrisisNegeriSembilan #MBNegeriSembilan #IsmailLasim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T08:25:53.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcf8ca"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcf8ca"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcf8ca"></script>