[VIDEO] Dua ADUN PN jumpa Tunku Nadzaruddin di Istana Serting

Iklan

JEMPOL - Dua daripada tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) bertemu dengan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar di Istana Serting, di sini pada Jumaat.

Mereka ialah ADUN Paroi, Kamarol Ridzuan Mohd Zain dan ADUN Klawang, Danni Rais.

Iklan
Iklan

Kamarol yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan tiba di istana berkenaan kira-kira jam 3.50 petang sebelum disusuli Danni, 10 minit kemudian.

Terdahulu, Tunku Nadzaruddin kelihatan tiba sekitar jam 3.30 petang.

Iklan

Tunku Nadzaruddin (tiga dari kiri) bersama Danni (dua dari kiri) dan Kamarol Ridzuan (dua dari kanan) ketika mengadakan pertemuan di Istana Serting, Jempol.

Tujuan pertemuan berkenaan tidak dapat dipastikan, namun dipercayai berkaitan dengan krisis istana yang sedang berlaku ketika ini.

Iklan

Pertemuan terbabit berlangsung lebih kurang setengah jam sebelum kesemua tetamu dijemput untuk minum petang.

Pada 23 September lalu, media melaporkan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri(Exco) akan mengadakan pertemuan dengan Tunku Nadzaruddin di Galeri Diraja Tuanku Ja'afar di Seremban.

Bagaimanapun ia terpaksa dibatalkan atas nasihat pihak berkuasa kerana faktor keselamatan.