Guna sistem e-Perolehan, iGFMAS elak penipuan
Iklan
Waspada taktik licik pihak tertentu guna logo Jabatan Pertanian tipu pesanan kerajaan.
SHAH ALAM - Jabatan Pertanian menyarankan semua pihak yang terlibat dalam urusan bekalan dan perkhidmatan menggunakan Sistem e-Perolehan serta Sistem Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kerajaan (iGFMAS) bagi setiap permohonan.
Jabatan tersebut berkata, ia berikutan pihaknya menerima aduan berkaitan kes penipuan pesanan kerajaan yang dilakukan pihak tertentu dengan menggunakan logo pentadbiran tersebut.
Iklan
Iklan
Menurutnya, ia bertujuan bagi memperdayakan syarikat untuk menyediakan bekalan dan perkhidmatan seperti mana kandungan pesanan kerajaan yang dikemukakan.
"Taktik licik ini menyebabkan pihak syarikat terpedaya dan mengalami kerugian kerana tiada sebarang permohonan dibuat oleh jabatan kami.
Iklan
"Kami memandang serius terhadap isu yang berlaku yang boleh menimbulkan tanggapan negatif masyarakat terhadap Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM),” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Tambah kenyataan itu, syarikat pembekal disaran untuk menghubungi pihaknya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tindakan yang dikemukakan oleh kumpulan tertentu.
Iklan
Ujarnya, ia bagi mengelakkan kes penipuan yang sama daripada terus berulang.
"Kami amat mengalu-alukan sekiranya kenyataan penafian ini disebarluaskan kepada semua yang terlibat demi menjaga kewibawaan jabatan kerajaan khasnya Jabatan Pertanian,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="KPKT sasar satu pasar awam setiap negeri jadi produk pelancongan"><meta itemprop="description" content="KPKT sasar satu pasar awam setiap negeri jadi produk pelancongan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya sebuah pasar awam di setiap negeri dibangunkan sebagai mercu tanda dan destinasi pelancongan bagi menarik lebih ramai pengunjung, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, sasaran itu memberi tumpuan kepada pasar awam berpotensi, khususnya di kawasan pelancongan serta ibu negeri menerusi pendekatan transformasi reka bentuk dan kemudahan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806572/berita/nasional/kpkt-sasar-satu-pasar-awam-setiap-negeri-jadi-produk-pelancongan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kpkt #pasarawam #produkpelancongan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-29T05:18:06.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0xqom"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0xqom"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0xqom"></script>