Shahidan tempelak Pemuda UMNO Kedah dakwa SG4 Group tiru 1MDB
Iklan
Laporan Sinar Harian (kiri), Shahidan
ALOR SETAR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menempelak kenyataan dibuat Ketua Pemuda UMNO Kedah yang mendakwa penubuhan SG4 Group Sdn Bhd meniru konsep 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Shahidan berkata, terdapat perbezaan antara kedua-dua syarikat berkenaan termasuk agenda SG4 Group biarpun ia melibatkan pelaburan luar negara.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kemungkinan individu yang menyamakan kedua-dua entiti tersebut dangkal ilmu dan membuat tuduhan melulu.
"Saya terpanggil untuk komen perkara ini sebab orang yang menulis dangkal ilmu.
Iklan
"1MDB kerajaan Pusat yang punya, syarikat SG4 Group pula saham-sahamnya adalah milik bersama empat negeri,” katanya dalam ruangan komen berkaitan kenyataan tersebut di sebuah portal berita.
Shahidan dipercayai merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda UMNO Kedah, Mohd Raqib Abu Hassan yang menyatakan, penubuhan syarikat SG4 Group didakwa memiliki konsep sama seperti 1MDB.
Iklan
Ini kerana syarikat berkenaan berperanan menarik pelabur masuk dan mengambil hasil daripada empat negeri terlibat.
Dalam pada itu, Shahidan tegaskan, SG4 Group sudah memiliki sasaran dan fokus pelaburan khususnya dalam membangunkan sumber galian industri nadir bumi (REE).
Pada Isnin, Ketua Panel Penasihat SG4, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, empat kerajaan negeri di bawah Perikatan Nasional (PN) atau SG4 menubuhkan syarikat bersama sebagai usaha untuk memajukan lagi pentadbiran yang dikuasai pembangkang itu.
Syarikat SG4 Group ditubuhkan beberapa bulan lalu dan dimiliki bersama Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Menurutnya, selain berkongsi kekayaan dan mengagihkan hasil kepada empat-empat negeri secara saksama, setiap negeri memiliki 25 peratus saham syarikat tersebut.
Ia bagi memastikan negeri yang ketinggalan seperti Perlis juga mendapat hasil yang sama seperti negeri lain.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Enggan dedah perincian, Hannah minta hormati keputusan CEC DAP"><meta itemprop="description" content="Timbalan Setiausaha Agung DAP, Hannah Yeoh enggan mendedahkan perincian perbincangan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang memuktamadkan keputusan Setiausaha Agung parti itu, Anthony Loke untuk menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan. 
Tegasnya, keputusan muktamad CEC yang disifatkan sebagai badan pembuat keputusan tertinggi parti itu perlu dihormati.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797282/berita/politik/enggan-dedah-perincian-hannah-minta-hormati-keputusan-cec-dap
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #DAP #politik #hannahyeoh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-21T08:55:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P42S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbazf3i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbazf3i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbazf3i"></script>