UniSZA hasilkan manuskrip Melayu digital
Iklan
Penyelidik UniSZA, Prof Madya Dr Zurita Mohd Yusoff melihat manuskrip yang akan digitalkan.
KUALA NERUS - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjadi universiti pertama di negara ini yang menghasilkan manuskrip Melayu koleksi School of Oriental and African Studies (SOAS) University of London secara digital.
Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Fadzli Adam berkata, projek tersebut dilaksanakan selepas pemeteraian perjanjian pesefahaman (MoU) antara kedua-dua universiti itu pada 10 Mei tahun lalu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, langkah itu diambil bagi memenuhi matlamat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menjadikan UniSZA sebagai Pusat Rujukan Digital Manuskrip Melayu di peringkat nasional dalam tempoh terdekat.
"UniSZA akan mendigitalkan kesemua manuskrip Melayu dalam simpanan SOAS dan membantu mereka melakukan proses deskripsi kesemua manuskrip yang telah selesai didigitalkan hasil jalinan kerjasama itu.
Iklan
Antara manuskrip Melayu yang akan melalui proses pendigitalan bagi mengembangkan lagi bidang diaspora ilmu alam Melayu ke pentas dunia.
"Dengan kerjasama yang ada ini, ia dapat dipergiat dan diperluaskan bukan sahaja terhad kepada projek pendigitalan manuskrip, namun turut membuka ruang kerjasama dalam bidang lain terutamanya projek pendigitalan manuskrip Islam dan Melayu yang berada dalam koleksi SOAS.
"Langkah ini sekali gus dapat mengembangkan lagi bidang diaspora ilmu alam Melayu ke pentas dunia dan mampu menjadikan Malaysia sebagai pengantarabangsaan pusat pengajian pendidikan tinggi tanah air serta hab pembangunan bakat," katanya di sini pada Ahad.
Iklan
Fadzli berkata, manuskrip yang dihasilkan dalam bentuk digital akan memberi capaian akses lebih mudah kepada sesiapa sahaja yang mahukan maklumat berkaitan.
Sebahagian manuskrip lama Melayu melalui proses pendigitalan yang akan memberi capaian akses lebih mudah kepada sesiapa sahaja yang mahukan maklumat berkaitan.
Jelas beliau, ia sekali gus dapat memartabatkan kepakaran tenaga pengajar dan penyelidik UniSZA dalam bidang manuskrip dan teknologi maklumat di peringkat antarabangsa.
"Setakat ini kerja-kerja deskripsi yang memfokuskan kepada isi kandungan manuskrip sedang rancak dijalankan oleh penyelidik.
"Sebanyak 20 manuskrip digital koleksi SOAS telah berjaya menjalani proses deskripsi oleh penyelidik UniSZA setakat ini melalui Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE),"katanya.
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.