Hati-hati ada buaya di Danga Bay!
Iklan
Kelibat buaya dilihat hampir dengan kawasan pesisir pantai Danga Bay yang tular di media sosial. Foto: Laman sosial Facebook
JOHOR BAHRU - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Johor mengesahkan kewujudan buaya di sekitar Danga Bay di sini.
Pengarahnya, Salman Saaban bagaimanapun menggesa orang ramai berhati-hati dan tidak mengganggu sekiranya ternampak kelibat reptilia berkenaan di kawasan itu kerana habitat asalnya memang berhampiran dengan pesisiran pantai terbabit.
Iklan
Iklan
"Jabatan Perhilitan Johor memang mengetahui adanya kehadiran buaya di sekitar Danga Bay malah papan tanda amaran juga telah diletakkan di kawasan berkenaan untuk orang ramai berhati-hati.
"Kelibat buaya-buaya ini juga pernah tular di media sosial pada tahun lepas dan mengikut kajian dijalankan, buaya berkenaan berkeliaran sehingga ke Sungai Skudai,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.
Iklan
Salman berkata, pihaknya juga berharap orang ramai khususnya penduduk setempat tidak panik kerana hidupan berkenaan tidak akan mengganggu atau menyerang manusia jika ia tidak diganggu atau diancam.
"Kita harap orang ramai tidak ganggu buaya ini sekiranya ternampak. Memang buaya ini berkeliaran di kawasan terbabit kerana kawasan sungai yang merupakan habitat asal mereka bersambung dengan kawasan itu,” katanya.
Iklan
Semalam tular satu gambar di media sosial Facebook yang menunjukkan kelibat reptilia berkenaan berkeliaran di sekitar kawasan pantai berhampiran sebuah pangsapuri mewah di Danga Bay di sini.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bapa, anak hidupkan seni tradisi Jawa"><meta itemprop="description" content="Hampir dua dekad mengabdikan diri memartabatkan seni budaya masyarakat Jawa, pengasas Kumpulan Tunas Warisan, Amar Abu, 65, kini mampu menarik nafas lega apabila perjuangannya mempertahankan warisan itu disambung oleh anak bongsunya, Mohd Nizal Amar, 21.
Bapa dan anak itu antara individu yang terus menghidupkan pelbagai seni tradisional termasuk gasing pangkah Johor, gamelan, tarian reog dan wayang kulit Jawa di Kampung Permatang Duku, Benut sekali gus memastikan khazanah budaya itu terus diwarisi generasi akan datang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792189/edisi/johor/bapa-anak-hidupkan-seni-tradisi-jawa
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KumpulanTunasWarisan
#Jawa #gamelan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-16T04:30:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/dTIv-1gWJu0RnLPaA/x1080"><meta itemprop="duration" content="P101S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=k3zczdkISjA295INE6O"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xay4rjy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="k3zczdkISjA295INE6O"></script>