SKUAD Harimau Malaya bakal berdepan pasukan ranking ke-94 dunia, New Zealand pada perlawanan antarabangsa Tier 1 di Stadium North Harbour, Auckland, 14 Oktober ini.
Perkembangan itu disahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan pada Jumaat yang memaklumkan perlawanan itu bakal berlangsung dalam Kalendar Antarabangsa FIFA, 7 hingga 15 Oktober 2024.