Armada buat laporan polis
Iklan
Laporan Sinar Harian hari ini.
JOHOR BAHRU - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tampil membuat laporan polis susulan insiden kekecohan pada pertemuan parti yang turut membabitkan Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Ulu Tiram semalam.
Syed Saddiq berkata, laporan terbabit adalah untuk membantu siasatan pihak polis, sekali gus memastikan pelaku kekecohan berkenaan menerima hukuman setimpal.
Iklan
Iklan
Dalam satu kenyataan, Ahli Parlimen Muar itu turut percaya bahawa kejadian tersebut turut melibatkan campur tangan pihak pembangkang yang sengaja datang mengganggu program parti.
"Tindakan mereka sangat ganas dan berbahaya. Mereka melemparkan kata-kata kesat, memaki hamun dan menghalau kami semua.
Iklan
"Kami telah membuat laporan polis mengenai perkara ini. Kami juga mempunyai rakaman video wajah-wajah mereka yang terlibat untuk dijadikan sebagai bahan bukti dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya untuk membantu pihak polis menjalankan siasatan,” katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebook beliau hari ini.
Terdahulu, Syed Saddiq turut menceritakan detik cemas dialaminya ketika hadir pada perjumpaan berkenaan selain mendakwa terpaksa melarikan diri menggunakan laluan belakang untuk keselamatannya.
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: Dikepung 'gengster', Syed Saddiq terpaksa lari panjat pagar
Katanya, kumpulan yang dianggarkan seramai 200 individu itu mencetuskan huru-hara ketika pertemuan berkenaan selain bertindak agresif serta melemparkan kata-kata kesat kepada pemimpin terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit.
Bagaimanapun katanya, sebarang perkembangan lanjut berhubung kejadian akan dimaklumkan Ketua Polis Johor, Datuk Kamarudin Md Din menerusi satu siaran media dalam masa terdekat.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>