RM2.5 juta bagi tiga projek Kampung Angkat Madani MOSTI di Segamat
Iklan
Lih Kang (kanan) mencuba air daripada Telaga Tiub Berteraskan Teknologi Angkasa pada Majlis Peluncuran Kampung Angkat Madani MOSTI 2024, di Masjid Jamek Kampung Tekam Pogoh 3, pada Sabtu. Foto Bernama
SEGAMAT - Sebanyak RM2.5 juta diperuntukkan kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi pelaksanaan tiga projek di Kampung Tekam, Pogoh 3, Segamat, Johor, yang dipilih sebagai Kampung Angkat Madani MOSTI 2024.
Menteri berkaitan, Chang Lih Kang berkata, tiga projek tersebut melibatkan pembangunan telaga tiub bersama panel tenaga solar oleh Agensi Angkasa Malaysia dan Yayasan Inovasi Malaysia, lampu jalan berasaskan tenaga boleh baharu oleh Nano Malaysia Berhad dan jeti terapung biokomposit oleh Agensi Nuklear Malaysia.
Iklan
Iklan
"Pembangunan telaga tiub bersama panel tenaga solar telah siap dibina di kawasan masjid jamek kampung ini, berfungsi sebagai alternatif kepada penggunaan tenaga elektrik dan ia dapat mengurangkan kos dan seterusnya mengoptimumkan penggunaan telaga tiub tanpa dikenakan sebarang kos elektrik tambahan terhadap penduduk.
"Dua lagi projek iaitu lampu jalan berasaskan tenaga boleh baharu dan jeti terapung biokomposit akan dimulakan pada tahun ini.
Iklan
"Ini adalah satu usaha yang baik untuk kita gabungkan sains, teknologi dan inovasi dengan kehidupan seharian rakyat, jadi saya rasa gembira dapat melaksanakan program di kampung Tekam ini dan semoga projek-projek ini boleh membantu komuniti masyarakat kampung Tekam ini dalam memudahkan kehidupan mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Peluncuran Program Kampung Angkat Madani MOSTI 2024 di Masjid Jamek Kampung Tekam Pogoh 3, di sini pada Sabtu.
Iklan
Mengulas lanjut, beliau berkata, Program Kampung Angkat Madani merupakan inisiatif kerajaan Malaysia Madani bagi merapatkan jurang kemudahan asas di luar bandar dengan bandar, menumpukan pada melengkapkan kemudahan asas termasuk bekalan air dan elektrik, jalan dan lampu jalan, perkhidmatan masyarakat dan akses internet di kawasan desa dan kampung terpinggir yang masih di bawah capaian liputan 50 peratus.
Lih Kang berkata, usaha itu selaras dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2020 yang menetapkan visi untuk mewujudkan masyarakat yang mampan, inklusif dan saintifik ke arah negara berteknologi tinggi.
Sebelum ini, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilaporkan berkata sebanyak 42 kampung di seluruh negara terpilih sebagai Kampung Angkat Madani membabitkan peruntukan RM100 juta.
Menurutnya, sehingga 10 Julai lepas, Kementerian Kewangan telah menyalurkan RM86.3 juta kepada agensi terlibat meliputi 35 kampung dan setiap kampung menerima agihan peruntukan maksimum sehingga RM2.5 juta. - Bernama
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.