Duduk semeja, cari titik persamaan pelaksanaan undang-undang syariah
Iklan
Zainab sewaktu membahaskan ucapan dasar Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad sempena Perhimpunan Agung Wanita UMNO Malaysia 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini pada Khamis.
KUALA LUMPUR - Pemimpin Islam di negara ini perlu duduk semeja dan bermusyawarah untuk mencari titik persamaan dalam pelaksanaan undang-undang syariah di setiap negeri.
Perwakilan Wanita UMNO Kepala Batas, Zainab Bakar berkata, perbezaan dalam pentadbiran, pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang Islam antara negeri-negeri di negara ini hanya akan menyebabkan kekeliruan kerana keputusan penghakiman yang berlainan.
Iklan
Iklan
"Sedangkan, ada antara kes berkenaan mempunyai faktor yang serupa. Ini boleh menimbulkan kecelaruan dalam kalangan rakyat negara ini, terutama dalam kalangan kita umat Islam.
"Ia akan memberikan gambaran kurang baik mengenai undang-undang Islam pada pandangan orang bukan Islam.
Iklan
"Bagi menghidupkan suasana aman damai di negara kita yang mempunyai pelbagai bangsa, ayuh kita (UMNO) pertahankan agama Islam, kedaulatan institusi raja dan hormati budaya pelbagai kaum di bumi bertuah ini,” katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu membahaskan ucapan dasar Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad sempena Perhimpunan Agung Wanita UMNO Malaysia 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini pada Khamis.
Iklan
Sementara itu, beliau yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kepala Batas menzahirkan kebimbangan dengan peningkatan masalah gejala sosial melibatkan remaja, terutamanya lari dari rumah.
"Berdasarkan laporan, banyak yang melibatkan remaja berusia 13 hingga 15 tahun, yang mana kebanyakannya terikut-ikut dengan kawan atau teman lelaki.
"Ibu bapa sibuk bekerja demi memastikan keperluan anak-anak dapat dipenuhi tapi dalam masa yang sama, mereka rancak dengan media sosial.
"Kita wanita kena tengok kelakuan (perbuatan) anak-anak, dengan siapa mereka berkawan. Kalau sayangkan anak-anak, kena tegur dan bimbing. Jangan tunggu sehingga nasi jadi bubur.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.