BEIRUT - Lubnan mengemukakan aduan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Isnin selepas pesawat perang Israel melanggar batasan bunyi (sound barrier) di beberapa kawasan termasuk Beirut, lapor Agensi Anadolu.
Kementerian Luar Lubnan dalam satu kenyataan memaklumkan aduan itu merujuk kepada pencerobohan ruang udara Lubnan oleh pesawat perang Israel, termasuk insiden melanggar batasan bunyi di ibu negaranya.