Banjir kilat, air pasang, satu PPS diaktifkan di Merbok
Iklan
PPS di Dewan Kampung Sungai Pial mula dibuka jam 6.30 petang semalam, menempatkan 16 keluarga dari dua buah kampung di Merbok. Foto APM
SUNGAI PETANI - Hujan lebat berlarutan serta air pasang besar mengakibatkan penduduk di dua kampung di Merbok, di sini, terpaksa dipindahkan selepas dilanda banjir kilat semalam.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Amirul Asyraf Mohamad Mayidin berkata, kawasan terlibat adalah Kampung Huma dan Kampung Sungai Pial menyebabkan satu pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan.
Iklan
Iklan
"Hujan lebat berterusan ditambah air pasang besar menyebabkan beberapa kawasan yang berada berdekatan pantai terjejas selepas rumah mereka dinaiki air.
"PPS di Dewan Kampung Sungai Pial mula dibuka jam 6.30 petang menempatkan 16 keluarga," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Iklan
Iklan
Amirul Asyraf berkata, operasi disertai pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pejabat Daerah Kuala Muda.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah"><meta itemprop="description" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah
 Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T09:12:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqngae"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqngae"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqngae"></script>