NEW DELHI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa mengulangi kritikan mengenai kurangnya tindakan komuniti antarabangsa dalam menangani kekejaman terhadap rakyat Palestin di Gaza, dan menggesa supaya 'mesej yang jelas' disebarluaskan, bahawa genosid yang sedang berlaku perlu ditamatkan.
Beliau berkata, Israel telah melakukan pembunuhan begitu ramai, namun tidak banyak tindakan diambil di peringkat antarabangsa mengenainya.