Ahmad Zahid bersyukur BN menang majoriti besar
Iklan
Ahmad Zahid ketika wawancara khas sempena PAU 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu. FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID
SHAH ALAM -"Tiada ungkapan lebih besar dapat saya ungkapkan selain engkaulah yang memberikan kekuasaan Ya ALLAH,” kata Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau mengucapkan setinggi penghargaan kepada seluruh pengundi di N.43 DUN Nenggiri yang telah memberikan kepercayaan semula buat BN untuk kembali berkhidmat kepada rakyat di sini.
Iklan
Iklan
"Terima kasih juga saya ucapkan kepada Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri, Tan Sri Razaleigh Hamzah, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub selaku Pengarah Operasi dan pastinya seluruh jentera Barisan Nasional serta semua jentera parti di bawah Kerajaan Perpaduan yang telah bertungkus lumus membantu di Nenggiri bagi memastikan kemenangan calon kita, Awie,” katanya menerusi akaun Facebooknya pada Sabtu.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, Kepercayaan yang diberikan ini bukan sahaja satu amanah, tetapi juga satu tanggungjawab besar yang akan kami laksanakan sebaiknya.
Iklan
"Dengan mandat ini, kita raikan dengan penuh tawaduk dan keinsafan bahawa jalan perjuangan masih panjang serta usaha mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan BN akan tetap diteruskan.
"Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada ikhtiar melakar kejayaan yang lebih bermakna di masa hadapan, terima kasih Nenggiri,” ujarnya.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>