Suspek kes bunuh Cikgu Istiqomah dituduh di mahkamah Isnin ini
Iklan
Ashari memaklumkan suspek utama kes bunuh Cikgu Istiqomah akan didakwa di mahkamah Isnin ini.
ALOR GAJAH - Suspek utama kes pembunuhan guru wanita, Istiqomah Ahmad Rozi, 33, akan dituduh di Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, suspek berusia 37 tahun akan dibawa ke mahkamah pada jam 9 pagi untuk didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).
Iklan
Iklan
"Untuk makluman awal terkini suspek kes bunuh arwah Cikgu Istiqomah akan dituduh di Mahkamah Majistret Alor Gajah pada Isnin ini seperti mana arahan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain sebentar tadi," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Media sebelum ini melaporkan bekas kenalan lelaki Cikgu Istiqomah disambung reman selama tujuh hari bermula Selasa lalu untuk membantu siasatan kes pembunuhan guru Sekolah Kota Masai 3 di Pasir Gudang Johor itu.
Iklan
Perintah reman sehingga Isnin depan terhadap suspek dikeluarkan Majistret Dr Teoh Shu Yee.
Sebelum ini, suspek bersama isterinya berusia 36 tahun direman bermula 6 hingga 12 Ogos lalu sebelum isterinya dibebaskan pada Isnin dengan jaminan polis.
Iklan
Sinar Harian pada 6 Januari lalu melaporkan penemuan mayat wanita tanpa kepala, kedua-dua tangan dan kaki, dalam tong sampah di tepi jalan Alor Gajah-Tampin berdekatan Kampung Rimau, Pulau Sebang kira-kira jam 2 petang, 31 Disember lalu.
Selepas kira-kira lapan bulan berlalu, Isnin lepas Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah mengesahkan mayat berkenaan dikenal pasti sebagai Istiqomah yang dilaporkan hilang pada 27 Disember 2023.
Susulan itu, Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Melaka dengan kerjasama JSJ Johor serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, menahan sepasang suami isteri di Chemor, Perak pada 6 Ogos.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Keputusan kediaman menempatkan Najib masih belum dimuktamadkan - Polis"><meta itemprop="description" content="Jabatan Penjara Malaysia meminta polis hadir bagi menilai aspek keselamatan kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta, Kuala Lumpur pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam berkata, penilaian itu dibuat menerusi mesyuarat penyelarasan antara polis dan Jabatan Penjara Malaysia.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797302/berita/semasa/keputusan-kediaman-menempatkan-najib-masih-belum-dimuktamadkan---polis
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PDRM #JabatanPenjara #tahananrumah #NajibRazak"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-21T09:34:04.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/eli8c1giFeC8Gnkg3/x1080"><meta itemprop="duration" content="P145S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbazpk6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbazpk6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbazpk6"></script>