Pengurus Lapangan Terbang Sultan Mahmud Malaysia Airports Sdn Bhd Che Sulaiman Che Pa (dua dari kanan) bersama Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Nerus, Dr Muhammad Firdaus Ujang (kanan) memantau kerja-kerja membersih pada pemegang tangga bergerak yang dilakukan oleh pekerja pembersihan sebagai langkah awal pencegahan ekoran penularan jangkitan koronavirus.
- Foto Bernama
"Walaupun LTSM tidak mempunyai penerbangan antarabangsa, sesi penerangan ini membuktikan komitmen tinggi kami dalam menjaga keselamatan pekerja di LTSM serta orang ramai yang berurusan di lapangan terbang ini," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.
Tinjauan Bernama mendapati kerja-kerja pembersihan giat dilakukan di sekitar LTSM terutama tempat yang berpotensi tinggi berlakunya penyebaran kuman seperti pemegang tangan eskalator, suis di lif, troli beg dan tombol pintu sebanyak dua kali sehari.
Che Sulaiman berkata, kerja pembersihan juga akan ditingkatkan berdasarkan keperluan semasa.
"Pengurusan LTSM juga sentiasa mengingatkan orang ramai agar sentiasa memakai penutup mulut dan hidung. Melalui langkah pencegahan yang diambil, kita berharap orang ramai tidak akan panik dan takut sekiranya mempunyai urusan di LTSM," katanya. - Bernama