Jenazah ibu MB Kedah selamat dikebumikan
Iklan
Jenazah Meriam dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Sungai Pau untuk dikebumikan pada Khamis.
SIK - Jenazah ibu Menteri Besar Kedah, Allahyarham Meriam Ahmad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pau di sini pada 5.45 petang Khamis.
Sebelum itu, jenazah dibawa ke Masjid al Ubudiah Sungai Pau untuk disolatkan oleh kira-kira 5,000 jemaah sebelum dibawa ke tanah perkuburan.
Iklan
Iklan
Solat jenazah diimamkan anak keempat Allahyarham, Sobri Md Nor dan turut disertai Datuk Seri Muhammad Sanusi bersama ahli keluarga yang lain.
Hujan renyai-renyai turut mengiringi majlis pengebumian sebaik jenazah Meriam tiba di tanah perkuburan itu.
Iklan
Allahyarham Meriam, 74, dipercayai mengalami serangan jantung ketika berada di rumahnya di Sik sebelum dimasukkan ke Hospital Sik pada Isnin.
Allahyarham kemudiannya dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar sebelum ditidurkan dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital terbabit pada hari sama.
Iklan
Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan Allahyarham Meriam menghembuskan nafas terakhir di HSB kira-kira jam 9.40 pagi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah"><meta itemprop="description" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah
 Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T09:12:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqngae"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqngae"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqngae"></script>