Isu Zuraida: Anwar minta penyokong, pihak membantah bersurai

Iklan
Anwar Ibrahim

PETALING JAYA - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta penyokong dan pihak yang membuat bantahan terhadap Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin di hadapan Ibu Pejabat PKR di sini agar bersurai.

Beliau turut menyarankan semua pihak agar menyerahkan kepada lembaga disiplin untuk memutuskan sebarang keputusan secara bebas terhadap Zuraida.

Iklan
Iklan

"Merujuk kepada kumpulan yang hadir dan berkumpul di depan Ibu Pejabat PKR bagi menyokong atau membantah pemecatan Zuraida, saya meminta kepada mereka untuk bersurai.

"Tindakan menyokong atau membantah di mana-mana lokasi lain juga sama sekali tidak akan mempengaruhi lembaga disiplin yang harus memutuskan sebarang keputusan secara bebas," katanya dalam kenyataannya sebentar tadi.

Iklan

Dalam pada itu, Anwar turut meminta lembaga disiplin memantau tindakan ahli parti yang melanggar arahan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN Ahli PKR desak Zuraida dipecat

Zuraida diberi 14 hari jelas surat tunjuk sebab: Saifuddin