Peluang Bersatu rebut jenama PN?
Iklan
Bendera Perikatan Nasional (PN) bersama bendera parti komponen pada kempen pilihan raya sebelum ini.
PEMBATALAN pendaftaran Perikatan Nasional (PN) oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) susulan aduan Bersatu sendiri membuka satu persoalan politik yang tidak kurang besar daripada nasib gabungan itu iaitu adakah parti pengasas berkenaan akan mengambil peluang menghidupkan semula jenama PN tanpa Pas?
Persoalan itu penting kerana PN bukan sekadar nama pada kertas pendaftaran. Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 2022, gabungan tersebut meraih 4.72 juta undi atau 30.2 peratus undi popular dan memenangi 74 kerusi Parlimen, muncul sebagai blok kedua terbesar di Dewan Rakyat.