Kerajaan kaji cadangan bangunkan media sosial khusus
Iklan
Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan akan meneliti cadangan untuk mewujudkan aplikasi media sosial yang khusus untuk kegunaan rakyat Malaysia seperti yang sedang diusahakan oleh beberapa negara.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, hal ini kerana ada antara penyedia aplikasi media sosial didapati mengaut keuntungan daripada rakyat di negara ini, namun dalam masa yang sama gagal menjamin soal keselamatan penggunanya.
Iklan
Iklan
"Tahun lepas dianggarkan Facebook sahaja mengaut keuntungan AS$600 juta dari Malaysia, tetapi apa yang mereka lakukan untuk memastikan keadaan dan penggunaan platform mereka di Malaysia ini selamat?
"Saya lihat mereka tidak ada kesungguhan, jadi kita perlu kaji dan perlu lihat, tidak mudah untuk membangunkan platform media sosial sendiri, tetapi ada beberapa negara telah cuba... kita akan teliti dulu," katanya ketika ditemui pemberita pada Himpunan Pembebasan Palestin di sini hari ini.
Iklan
Fahmi berkata, beliau juga telah bertemu dengan pengacara dan selebriti popular, Datuk Aznil Nawawi yang mengemukakan cadangan itu, susulan tindakan Meta Platforms Inc (Meta) menurunkan hantaran berkaitan Palestin menerusi platform media sosial milik syarikat itu baru-baru ini.
Dalam pertemuan itu, katanya, perbincangan lanjut telah dilakukan dan beliau sendiri turut menyampaikan beberapa pandangan untuk disebarkan kepada pengikut media sosial selebriti itu.
Iklan
"Saya telah mengingatkan bahawa kanak-kanak di bawah 13 tahun tidak boleh menggunakan media sosial, jadi beliau setuju untuk menyampaikan pandangan ini kepada peminat-peminat beliau," katanya.
Dalam pada itu, Fahmi berkata, satu pertemuan akan diadakan bersama pihak Meta berhubung isu penurunan kandungan berkaitan Palestin daripada media sosial Perdana Menteri, di Putrajaya esok.
Beliau berkata, pihaknya akan bertegas dalam pertemuan itu sekiranya sebarang kandungan berhubung Himpunan Pembebasan Palestin yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini malam ini diturunkan oleh penyedia platform media sosial berkenaan.
"Saya telah meminta pihak Meta untuk tidak kenakan apa-apa tindakan terhadap semua platform terutama yang akan menayangkan siaran program Himpunan Pembebasan Palestin pada malam ini.
"Mereka telah setuju, saya telah menyerahkan senarai selain daripada akaun Facebook milik Perdana Menteri juga akaun-akaun rasmi sejumlah media yang memintanya.
"Kita akan lihat dulu sama ada apa-apa tindakan, tetapi saya percaya mereka akan kotakan janji, kalau tidak kita akan pastikan bila mereka datang esok kita akan bertegas," katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kecurian kabel rel: Ada keperluan mendesak pinda undang-undang - Menteri"><meta itemprop="description" content="Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui terdapat keperluan mendesak untuk meneliti dan meminda peruntukan undang-undang sedia ada berhubung kes kecurian komponen dan kabel rel bagi memastikan hukuman yang dikenakan benar-benar memberi kesan pencegahan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan dalam satu pertemuan melibatkan semua operator perkhidmatan kereta api termasuk Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) yang merupakan pemilik projek East Coast Rail Link (ECRL) serta Prasarana Malaysia (Prasarana) baru- baru ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766625/berita/nasional/kecurian-kabel-rel-ada-keperluan-mendesak-pinda-undang-undang---menteri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KDN #keskecuriankabelrel #SaifuddinNasution"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-03T10:15:09.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zz2oe1fWShFCdPxqE/x180"><meta itemprop="duration" content="P151S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9z4rs8"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9z4rs8"></script>