Mat Sabu dijangka menghadap Sultan Terengganu, Kedah dan Raja Perlis

Iklan
mat

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan Mohamad Sabu akan menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dalam masa terdekat.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan malam ini berkata, sejak memegang jawatan Menteri Pertahanan pada Mei 2018, Mohamad telah menghadap Sultan Muhammad V yang ketika itu Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Iklan
Iklan

Mohamad juga telah menghadap Pemangku Sultan Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Kenyataan itu menyebut Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah pihak bertanggungjawab terhadap pertahanan negara dan ia meliputi tiga cabang utama - Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Iklan

Menurut kenyataan itu, selaras Perlembagaan Negara, institusi raja dijunjung tinggi oleh ATM.

Kesemua sembilan Raja-Raja Melayu merupakan penaung yang bergelar sebagai Kolonel Yang Di-Pertua atau Kepten Yang Di-Pertua sesuatu Perkhidmatan, Rejimen ataupun Kor dalam ATM seperti:

Iklan