Perlu RM1.5 juta naik taraf masjid
Iklan
Masjid MTQIKHWAN yang perlu dinaik taraf untuk menampung jemaah yang semakin ramai. Foto Mahaad Tahfiz Al Ikhwan
KOTA BHARU - Maahad Tahfiz Quran Al Ikhwan (MTQIKHWAN) di Kampung Kota, di sini, memerlukan RM1.5 juta untuk menaik taraf masjid di maahad itu.
Pengetua MTQIKHWAN, Muhammad Hafiz Ikram Che Hassan berkata, kerja-kerja menaik taraf itu perlu dilakukan dengan kadar segera kerana masjid sedia ada sudah tidak dapat menampung pertambahan jemaah dan usang.
Iklan
Iklan
Menurutnya, keluasan semasa masjid ini adalah 232 meter persegi dan digunakan oleh 70 pelajar maahad bersama masyarakat sekitar untuk aktiviti ibadat dan kemasyarakatan.
"Kapasiti dewan solat ketika ini hanya dapat menampung sekitar 250 orang jemaah dan pelajar-pelajar sahaja sudah memenuhi dua per tiga ruang solat lelaki.
Iklan
"Sehubungan itu, pihak masjid ingin menaik taraf dewan solat serta menukar bumbung masjid yang sudah reput dengandana diperlukan sebanyak RM1.5 juta,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Ujarnya, perkara yang ingin ditambah baik termasuk memperluaskan bahagian solat sebanyak 55.7 meter persegi bagi memuatkan lebih 300 jemaah.
Iklan
Bagi yang ingin menyumbang boleh salurkan ke akaun Masjid Al Ikhwan Bank Rakyat 221181096980 atau Maahad Tahfiz Al Quran Al Ikhwan Bank Islam Malaysia Berhad 03120010020332 dan boleh menghubungi Muhammad Hafiz Ikram (016-2686356) atau Setiausaha MTQIKHWAN, Norhasharudin Awang (019-9078824) untuk maklumat lanjut.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula"><meta itemprop="description" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula
Riuh suara nelayan Pantai Sabak yang bergotong-royong menarik perahu kolek ke darat menjadi petanda musim tengkujuh telah tiba, sekali gus menandakan bermulanya tempoh ‘rehat’ mereka daripada mencari rezeki di laut.
Tradisi yang dilakukan setiap tahun itu bertujuan membolehkan kerja membaiki kerosakan, mengecat dan menyelenggara perahu dilaksanakan sebelum mereka kembali turun ke laut.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/803598/edisi/kelantan/nelayan-pantai-sabak-tarik-perahu-kolek-ke-darat-tanda-musim-tengkujuh-bermula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #perahukolek #tengkujuh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-07T05:00:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P190S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbuhepy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbuhepy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbuhepy"></script>