GOMBAK - Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggang mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 22.8, Lebuhraya Karak di sini, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima makluman berkaitan kemalangan itu pada jam 1 pagi.