Kembar seiras cemerlang pilih UniSZA sambung pengajian
Iklan
Pasangan kembar seiras memilih melanjutkan pengajian mereka ke UniSZA.
KUALA NERUS – Pasangan kembar seiras yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memilih melanjutkan pengajian mereka di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi kemasukan sesi 2024/2025.
Nayli Ulya Mohd Shafie dan Nayli Uzma Mohd Shafie masing-masing berusia 18 tahun menjadikan UniSZA sebagai pilihan utama untuk menyambung pengajian di peringkat diploma.
Iklan
Iklan
Nayli Ulya berkata, meskipun dia dan pasangan kembarnya akan terpisah kerana berbeza program pengajian dan kampus, namun ia tidak menjadi masalah walaupun mereka selalu bersama sejak kecil.
"Kami bersyukur kerana berpeluang menyambung pengajian diploma dan mendapat program pengajian yang diinginkan walaupun terpaksa berpisah.
Iklan
"Lagipun tiada masalah untuk kami berpisah buat sementara waktu demi menuntut ilmu dan mengejar kejayaan masing-masing," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Pendaftaran Pelajar Baharu Asasi dan Diploma Sesi Akademik 2024/2025 di pekarangan Kolej Kediaman, UniSZA di sini pada Selasa.
Nayli Ulya dan Nayli Uzma bersama ibu bapa mereka ketika mendaftar di UniSZA.
Menurut Nayli Ulya, mereka juga mengikuti jejak ibunya, Norhazlim Md Razali yang juga merupakan alumni KUSZA dan kini bertugas sebagai guru Bahasa Arab di sebuah sekolah.
Iklan
Nayli Ulya memilih program Diploma Sains Komputer, Fakulti Informatik Komputern (FIK) di Kampus Besut manakala adiknya, Nayli Uzma ditempatkan di Kampus Gong Badak untuk program Diploma Teknologi Pembuatan, Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT).
Seramai 1,015 pelajar baharu asasi dan diploma telah mendaftar di UniSZA dan akan menjalani Minggu Mesra Siswa (MMS) selama lima hari bermula Selasa.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'"><meta itemprop="description" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #botdirempuh #nelayanasing"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T08:31:55.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P110S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt2pm6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt2pm6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt2pm6"></script>