Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan
Iklan
Wan Ahmad Fayhsal
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkemungkinan bakal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.
Ia susulan dakwaan mengenai surat layang dikatakan mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
Iklan
Iklan
Usul mencadangkan penggantungan itu terkandung dalam Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) dan Usul-Usul bagi persidangan Dewan Rakyat pada Khamis.
Ia akan dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri selepas sesi soal jawab.
Iklan
Usul berkenaan menyatakan, Wan Ahmad Fayshal telah membawa perhatian suatu surat layang yang tidak dapat dikenal pasti identiti pengadu dan kesahihan maklumatnya.
Perkara itu bukan sahaja memberi kesan buruk kepada individu didakwa tetapi juga secara umum kepada pegawai agensi di bawah kementerian, yang mungkin teraniaya kerana tuduhan tidak berasas tersebut.
Iklan
Ahli Parlimen juga tidak boleh menyebut kelakuan atau sifat mana-mana pegawai kerajaan selain menjalankan urusannya.
Dakwaan tersebut seolah-olah menjatuhkan martabat pegawai agensi di bawah kementerian yang membantu membangunkan Malaysia.
Selain itu, dengan mengeluarkan kenyataan dan dakwaan yang serius akan membawa ke arah tindakan membangkitkan perasaan melawan kuasa kerajaan.
Sementara itu, media dimaklumkan Wan Ahmad Fayhsal dijangka membuat sidang akhbar berkaitan isu tersebut di Parlimen.
Sebelum ini, beliau menuntut penjelasan berhubung keputusan penjualan sebahagian saham MAHB sewaktu sesi perbahasan di Dewan Rakyat.
Susulan itu, beliau dikatakan menerima satu surat layang mendedahkan 'dalang' di sebalik keputusan berkenaan.
Beliau secara terbuka mendakwa individu terbabit daripada pegawai atasan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Khemah besar' mampu saingi penyatuan ummah UMNO-Pas - Mat Sabu"><meta itemprop="description" content="Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu yakin kerjasama politik menerusi pendekatan khemah besar atau ‘big tent’ mampu menyaingi agenda penyatuan ummah yang digerakkan UMNO dan Pas, lapor wartawan Sinar Harian, Roskhoirah Yahya. 
Bagaimanapun, beliau berkata, cadangan berkenaan masih di peringkat awal dan belum melalui sebarang rundingan rasmi. 
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805725/berita/politik/khemah-besar-mampu-saingi-penyatuan-ummah-umno-pas---mat-sabu 
Tajuk lagu: Elevate 
Artis/ komposer: Benjamin Tissot 
Sumber: www.bensound.com 
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. 
#SinarHarian #BeritaSemasa #Amanah #MatSabu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-22T14:28:18.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/h8lHY1h0lm2Grxv_r/x1080"><meta itemprop="duration" content="P173S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbyvn1e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbyvn1e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbyvn1e"></script>