PDRM pernah buka kertas siasatan mengenai video lama yang tular
Iklan
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) pernah membuka kertas siasatan tatatertib pada 2016 bagi menyiasat kesahihan video tular berkaitan anggota polis yang didakwa menerima rasuah bagi melindungi kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke Tawau, Sabah.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, hasil siasatan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) menunjukkan, tiada keterangan kukuh mengaitkan anggota polis terbabit menerima rasuah daripada PATI bagi melindungi mereka masuk ke Tawau.