Konvensyen Bersatu 2024 lancar konsultasi nasional parti
Iklan
Bersatu menganjurkan Konvensyen Bersatu Malaysia pada Sabtu bagi melancarkan konsultasi nasional dalaman parti mengenai dokumen ‘Idealisme Perjuangan Bersatu’. (Gambar kecil: Wan Saiful)
SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menganjurkan Konvensyen Bersatu Malaysia pada Sabtu bagi melancarkan konsultasi nasional dalaman parti mengenai dokumen ‘Idealisme Perjuangan Bersatu’.
Pengerusi Biro Latihan dan Perkaderannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, penganjuran program di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Selayang itu turut memberi taklimat terkini mengenai peraturan-peraturan persidangan Bersatu peringkat cawangan, bahagian dan pusat.
Iklan
Iklan
"Peserta konvensyen akan menerima maklumat mengenai tatacara pengurusan dan penganjuran persidangan yang bermula tidak lama lagi, selain mendapat peluang membedah dokumen yang menggariskan prinsip-prinsip utama, atau fikrah perjuangan parti Bersatu.
Dalam pada itu, Wan Saiful berkata, konvensyen yang mengangkat tema ‘Mendokong Idealisme, Memperkasa Kesatuan dan Membina Kekuatan’ itu terbuka kepada ahli-ahli Bersatu yang berminat untuk mendaftar.
Iklan
"Jemputan untuk hadir adalah terdiri dalam kalangan ahli-ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), para pemimpin sayap-sayap peringkat pusat, pemimpin atasan bahagian dan pemimpin atasan sayap-sayap di peringkat bahagian,” ujarnya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>