Kerajaan Selangor pantau penularan wabak koronavirus

Iklan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan sentiasa melakukan pemantauan keadaan semasa penularan wabak koronavirus.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya mengambil maklum kenyataan dikeluarkan Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) berhubung wabak tersebut.

Iklan
Iklan

"Kerajaan negeri ambil maklum kenyataan KKM mengenai koronavirus di Malaysia.

"Kerajaan Selangor akan sentiasa memantau keadaan semasa dan juga bekerjasama dengan kementerian bagi tindakan yang diambil untuk mencegah penularan virus ini," katanya menerusi status dimuatnaik di akaun Twitternya.

Iklan

Terdahulu, Kementerian Kesihatan mengesahkan satu lagi kes positif koronavirus di Malaysia menjadikan keseluruhan sebanyak empat kes.

KKM dalam satu kenyataan berkata, kes terbaru itu merupakan seorang lelaki 40 tahun berasal dari Wuhan, China yang tiba di Johor Bahru pada 22 Januari lalu dengan menaiki bas dari Singapura.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Koronavirus: Terengganu buat solat hajat esok

Lelaki itu dilapor datang bersama sekumpulan pelancong warga China seramai 17 orang kesemuanya yang turut terdiri daripada isteri dan seorang anaknya.

Beliau seterusnya telah dirujuk oleh pihak hospital swasta untuk menerima rawatan lanjut di bawah jagaan Pasukan Perubatan Penyakit Berjangkit Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.