Keropok beracun: KPWKM beri khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa
Iklan
Nancy. Foto Bernama (Laporan Sinar Harian.)
KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyediakan khidmat kaunseling kepada keluarga dua kanak-kanak yang termakan keropok dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Kulim, Kedah.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihak kementerian sudah menyantuni keluarga mangsa serta memberikan khidmat kaunseling.
Iklan
Iklan
"Kita lebih kepada kaunseling untuk mereka dan cuba meredakan keadaan. Yang lain kita biar pihak polis siasat.
"Saya amat bersimpati dengan kejadian yang menyebabkan seorang daripada kanak-kanak itu meninggal dunia. Kita mendoakan supaya adik mangsa (yang sedang dirawat) dapat diselamatkan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keenam (KPKM-6) 2024 di sini pada Khamis.
Iklan
Beliau turut menyeru ketua masyarakat memainkan peranan dan memberi peringatan kepada penduduk supaya tidak melakukan tindakan sedemikian yang boleh menarik perhatian kanak-kanak dan menjadikan insiden itu sebagai iktibar.
Kejadian itu menyebabkan Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Wad Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) pagi semalam, manakala adiknya Muhammad Luth Syauqi, 2, masih dirawat di PICU.
Iklan
Kedua-dua mangsa dipercayai mengambil satu peket keropok mengandungi racun tikus yang digantungkan pada dawai besi di sekeliling pagar kebun berdekatan rumah mereka, dipercayai digunakan untuk memerangkap monyet. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>