Koronavirus: Sabah teliti keperluan bekalkan alat pencegahan
Iklan
SEMPORNA - Kerajaan Sabah meneliti keperluan membekalkan peralatan pencegahan untuk petugas seperti anggota penguat kuasa yang memeriksa warga asing di pintu masuk negeri bagi mengelak penularan wabak koronavirus.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, wujud keperluan mengagihkan peralatan pencegahan seperti penutup hidung dan mulut, sarung tangan dan pencuci tangan (hand sanitizer) kepada petugas terlibat bagi mencegah jangkitan virus itu.